5/14/2016

Apa Yang Menarik di Vietnam

Last week, 24- 26 April 2016, kitorang (aku and sorang kawan masa study, Kak Pika) pergi trip ke Vietnam selama 3 hari 2 malam. Sebenarnya, trip ni tak dirancang pun. Kak Pika memang dah beli tiket awal-awal tapi tak ada teman.. so, dengan senang hati aku volunteer nak ikut Kak Pika. Lagipun, aku memang tak pernah travel jauh-jauh dengan kawan-kawan. Kiranya ni first time la nak cuba travel.
Kitorang bertolak hari Ahad flight dalam pukul 11. Kitorang pergi KLIA2 sekali naik kereta. Sampai sana dalam pukul 10.00 pagi..breakfast dulu kat airport bagi kenyang-kenyang sebab sampai Vietnam nanti dah tengahari kan. Flight bergerak dalam pukul 12.15 pm dan sampai sana dalam pukul 1300 jam sana.. waktu sana ala-ala Thailand..lambat sejam dari waktu Malaysia.Kalau ikutkan waktu Malaysia, maknanya kitorang sampai pukul 1400 lah kan.
Sebelum pergi memang kitorang (actually Kak Pika la :D) dah buat research pasal pengangkutan dan tempat2 dekat sana. Dari airport nak ke hotel kitorang naik bas bernombor 152. Naik bas tambang memang murah la kan.. sorang bayar 5,000 dong sahaja.. bersamaan RM 1 duit Malaysia..murah kan..oh ye..jangan turun selagi tak sampai stesen yang terakhir oke.
Dari stesen bas tu, kitorang menapak ke hotel..nasib baik tak jauh dan senang jugaklah nak jumpa hotel tu.. Xavier hotel nama nye.. total 3 hari 2malam RM 190..murah kan..so, sorang bayar RM 100 je. Dah sampai bilik, rehat-rehat, solat lepas tu keluar. Sesi menjelajah Vietnam bermula!
Kitorang singgah banyak tempat jugak untuk bergambar macam Saigon Central Post,Notre-Dame Cathedral Basilica, Nguyen Van Binh and last skali Hard Rock Cafe sebelum dua-dua orang pancit sebab makan pagi tadi je..dah puas bergambar, kitorang decide nak pergi makan..Halal restaurant yang selalu orang Malaysia review kebanyakannya dekat District 1..area hotel kitorang... contoh restoran halal macam Haji Basiroh dan  Al-amin. Kitorang masuk makan dekat Haji Basiroh Restaurant. Dekat sini, Pho Daging dan Pho ayam memang terkenal. jadi, kitorang order pho daging sorang satu.. woow..not bad..senang kata,sedap..rasa lebih kurang mee celup..harga pulak so-so sebab restoran kan limited dekat sana. Sekali makan dalam RM 20 sekali air.
Lepas makan, balik hotel, rehat,mandi dan solat.. malam nanti nak keluar balik pergi usyar Pasar Malam Ben Thant. Orang cakap barang-barang dekat pasar malam lagi murah daripada barang dalam Ben Thant market. Mari kita lihat..murah-murah..beg deuter diorang jual longgok-longgok je.. RM 25 pun bole dapat..cantik..siap ada rain cover lagi..dekat Malaysia mana nak dapar harga ni kan.. oh ye.. diorang terima 3 jenis matawang untuk jual beli : USD,RM dan VD. So, tak perlu tukar duit vietnam banyak-banyak cuma cukup untuk makan dan tambang. Dekat pasar malam ni memang tak ada jual kain pasang tapi cenderahati macam fridge magnet (FM), keychain dan kraftangan memang banyak dan yang penting murah. Keycahain dan FM boleh dapat dalam RM5-RM 10 untuk satu papan (ada 10). Memang meriah pasar malam ni. Tapi kena tarik-tarik dengan penjual tu memang adat.. kentalkan hati oke.
Hari ke-2, kitorang keluar dari hotel dalam pukul 7 pagi, jalan-jalan ke muzium, melawat masjid and last pergi shopping dekat Ben thant market. Kitorang beli kain cotton, kain lace dalam ni. Harga tu memang boleh cakap murah. Prada lace 2m dapat dalam harga RM 50, beli prada biasa 2m dapat RM 40..tapi macam biasa lah kena bertekak dulu baru lah dapat harga yang kita nak kan. Memang puas hati senyum memanjang bila dapat harga yang kita nak tu. Kepala yab\ng berdenyut-denyut pun boleh hilang bila dapat shopping. :D .. Balik bilik terus out. Kesian Kak Pika bosan dalam bilik sebab aku tidur. tak tahan sangat pening kepala. Lepas zohor baru kitorang keluar pergi berjalan balik. Malm tu repeat lagi pergi pasar malam. 
Kadang-kadang, harga barang dekat kedai-kedai lagi murah dari ben thant market taw.. kitorang beli tudung nealopar dapat harga RM 15. Syokk kan.. **Patut lah nelopa berangin nak suruh KPDNKK serbu sana..
Malam last packing barang,sumbat mana yang boleh. Esok pagi keluar pergi breakfast dan shopping last minute.. beli telekung. Dalam pukul 1030 kitorang check out. Naik flight dalam pukul 1430 (delayed).. dalam pukul 1600 sampai KLIA2.. Lahamdulillah selamat dah balik.selamat jugak menghabiskan duit. Lain kali ada rezeki boleh pergi lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...