4/03/2012

Mari Belajar Membuat Surat Rasmi

Assalamualaikum

Jom kita belajar penulisan..*terpaksa buat surat ni-.-


Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
                                                                                                                                            
Lot 1,JalanSinga20/1,Section20,
40300 ShahAlam,
Selangor Darul Ehsan.                                                                                  3 Mac 2012
Tuan/Puan,
KEBENARAN MENJALANKAN KAJISELIDIK
Perkara di atas adalah dirujuk. Saya sebagai ketua kumpulan, mewakilkan kumpulan saya untuk memohon kebenaran membuat kajiselidik mengenai sistem di hospital ini.
2. Kajian ini perlu dibuat bagi memenuhi kehendak pihak universiti yang menginginkan kami,pelajar dari Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam memilih bangunan yang ada di Malaysia dan membuat kajian ke atasnya. Kajian ini perlu bagi kami untuk membandingkan sistem yang terdapat di dalam bangunan di Malaysia dengan bangunan yang terdapat di luar negara Malaysia.
3. Sekiranya tidak keberatan, kami memerlukan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan tugas yang diberikan kepada kami. Informasi-informasi seperti dokumen mengenai sistem yang terdapat di hospital dan pelan-pelan yang direka khas untuk hospital ini amat membantu kami.
3. Segala kerjasama dan maklumat yang pihak Tuan/Puan berikan amat kami harapkan dan hargai.
Sekian,terima kasih.
Yang Benar,
                       
(                     )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...