6/02/2016

Restoran Perantau Hill

   Hye..jom jjcm..ni cerita malam tadi..perkara wajib bila dapat gaji harus la pergi cari makan best2 sikit kn. So malam tadi decide pergi makan dekat Restoran Perantau Hill. Restoran ni terletak di Sungai Merab,Bangi..baca macam jauh kan..jangan risau..tak jauh pun sebenarnya sebab restoran ni dekat je dengan gate 1 putrajaya tu.

   Kitorang dari kajang,so amik highway silk exit bangi lalu akademi cimb,bsn,kampung dato abu bakar baginda lepas dari trafik light gate 1 tu straight lagi lps tu akan nampak perantau hill ni dekat belah kanan..maknanya kena u turn lah kn..straight lagi dan u turn bawah jambatan.

Kitorang amik meja bersila sebab ada hadif si bujang kenit kan.senang dia nak merunggas. Sibuk dia nak mengutip barang-barang..Pantang nampak depan mata.


Ni mula-mula sampai..mood tak bape baik lagi sebab terpinga-pinga baru bangun tidur.


Main point datang sini sebab nak makan ketam lembut.So,kitorang order ketam lembut goreng tepung,tomyam campur & kerang bakar. Kalau tak nak makan nasi laok-laok pun takpe.Korang boleh order char kuey teow,western food & masakan panas.


       Ni rupa ketam lembut tu.. Dekat menu dia just tulis harga mengikut berat timbangan.Dekat receipt RM22.80 sepinggan.. sedap sangat.1st time makan ketam yang boleh makan kulit :P Jakun kejap.

        Servis not bad..makanan pun cepat sampai..dan yang penting makanan sedap dan puas hati. Bila perut kenyang,hati pun senang kan.  Recommended untuk korang pergi.


5/14/2016

Apa Yang Menarik di Vietnam

Last week, 24- 26 April 2016, kitorang (aku and sorang kawan masa study, Kak Pika) pergi trip ke Vietnam selama 3 hari 2 malam. Sebenarnya, trip ni tak dirancang pun. Kak Pika memang dah beli tiket awal-awal tapi tak ada teman.. so, dengan senang hati aku volunteer nak ikut Kak Pika. Lagipun, aku memang tak pernah travel jauh-jauh dengan kawan-kawan. Kiranya ni first time la nak cuba travel.
Kitorang bertolak hari Ahad flight dalam pukul 11. Kitorang pergi KLIA2 sekali naik kereta. Sampai sana dalam pukul 10.00 pagi..breakfast dulu kat airport bagi kenyang-kenyang sebab sampai Vietnam nanti dah tengahari kan. Flight bergerak dalam pukul 12.15 pm dan sampai sana dalam pukul 1300 jam sana.. waktu sana ala-ala Thailand..lambat sejam dari waktu Malaysia.Kalau ikutkan waktu Malaysia, maknanya kitorang sampai pukul 1400 lah kan.
Sebelum pergi memang kitorang (actually Kak Pika la :D) dah buat research pasal pengangkutan dan tempat2 dekat sana. Dari airport nak ke hotel kitorang naik bas bernombor 152. Naik bas tambang memang murah la kan.. sorang bayar 5,000 dong sahaja.. bersamaan RM 1 duit Malaysia..murah kan..oh ye..jangan turun selagi tak sampai stesen yang terakhir oke.
Dari stesen bas tu, kitorang menapak ke hotel..nasib baik tak jauh dan senang jugaklah nak jumpa hotel tu.. Xavier hotel nama nye.. total 3 hari 2malam RM 190..murah kan..so, sorang bayar RM 100 je. Dah sampai bilik, rehat-rehat, solat lepas tu keluar. Sesi menjelajah Vietnam bermula!
Kitorang singgah banyak tempat jugak untuk bergambar macam Saigon Central Post,Notre-Dame Cathedral Basilica, Nguyen Van Binh and last skali Hard Rock Cafe sebelum dua-dua orang pancit sebab makan pagi tadi je..dah puas bergambar, kitorang decide nak pergi makan..Halal restaurant yang selalu orang Malaysia review kebanyakannya dekat District 1..area hotel kitorang... contoh restoran halal macam Haji Basiroh dan  Al-amin. Kitorang masuk makan dekat Haji Basiroh Restaurant. Dekat sini, Pho Daging dan Pho ayam memang terkenal. jadi, kitorang order pho daging sorang satu.. woow..not bad..senang kata,sedap..rasa lebih kurang mee celup..harga pulak so-so sebab restoran kan limited dekat sana. Sekali makan dalam RM 20 sekali air.
Lepas makan, balik hotel, rehat,mandi dan solat.. malam nanti nak keluar balik pergi usyar Pasar Malam Ben Thant. Orang cakap barang-barang dekat pasar malam lagi murah daripada barang dalam Ben Thant market. Mari kita lihat..murah-murah..beg deuter diorang jual longgok-longgok je.. RM 25 pun bole dapat..cantik..siap ada rain cover lagi..dekat Malaysia mana nak dapar harga ni kan.. oh ye.. diorang terima 3 jenis matawang untuk jual beli : USD,RM dan VD. So, tak perlu tukar duit vietnam banyak-banyak cuma cukup untuk makan dan tambang. Dekat pasar malam ni memang tak ada jual kain pasang tapi cenderahati macam fridge magnet (FM), keychain dan kraftangan memang banyak dan yang penting murah. Keycahain dan FM boleh dapat dalam RM5-RM 10 untuk satu papan (ada 10). Memang meriah pasar malam ni. Tapi kena tarik-tarik dengan penjual tu memang adat.. kentalkan hati oke.
Hari ke-2, kitorang keluar dari hotel dalam pukul 7 pagi, jalan-jalan ke muzium, melawat masjid and last pergi shopping dekat Ben thant market. Kitorang beli kain cotton, kain lace dalam ni. Harga tu memang boleh cakap murah. Prada lace 2m dapat dalam harga RM 50, beli prada biasa 2m dapat RM 40..tapi macam biasa lah kena bertekak dulu baru lah dapat harga yang kita nak kan. Memang puas hati senyum memanjang bila dapat harga yang kita nak tu. Kepala yab\ng berdenyut-denyut pun boleh hilang bila dapat shopping. :D .. Balik bilik terus out. Kesian Kak Pika bosan dalam bilik sebab aku tidur. tak tahan sangat pening kepala. Lepas zohor baru kitorang keluar pergi berjalan balik. Malm tu repeat lagi pergi pasar malam. 
Kadang-kadang, harga barang dekat kedai-kedai lagi murah dari ben thant market taw.. kitorang beli tudung nealopar dapat harga RM 15. Syokk kan.. **Patut lah nelopa berangin nak suruh KPDNKK serbu sana..
Malam last packing barang,sumbat mana yang boleh. Esok pagi keluar pergi breakfast dan shopping last minute.. beli telekung. Dalam pukul 1030 kitorang check out. Naik flight dalam pukul 1430 (delayed).. dalam pukul 1600 sampai KLIA2.. Lahamdulillah selamat dah balik.selamat jugak menghabiskan duit. Lain kali ada rezeki boleh pergi lagi.

5/03/2016

Keretaku kena tarik

First day kerja kat projek baru 3/5/2016,pjmidtown sangat la menyedihkan. Nak taw sebab ape sedih..tak nak taw pun nak story jugak..ni semua angakara MBPJ @ nama panjang Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Alkisahnya,aku gi makan (1st day,tak taw tempat makan mana yang best lagi)...makan dekat2 je..area Jaya Grocer 33..park tepi jalan..lepas makan,teros gi solat Zohor..balik tu,gi dekat tempat kereta balik,amik nak..mana keretaaa???kena curi ke..berdebar gila time tu.tiba2 nampak makhluk berwarna biru "tow lorry"..sah..memang sah kerja diorang. Aku pun hadap la brader sorang ni. Muka memang ketat habis.

Aku: encik,encik ada tarik kereta myvi warna putih tak tadi
Dia: Parking mana
Aku: belah sana.
Dia: haah
Aku: adoiii.encik tow g mana.macam mana saya nak amik balik kereta tu.
Dia: dekat damansara perdana.jalan pju8
Aku:jaohnyee.berapa kena bayar
Dia: rm300
Aku: mahal gila.tak boleh kurang ke
Dia: tak

**ko dahla tarik kete aku lepas tu berlagak.macam nak tumbuk2 je muka dia

Lepas dah tanya tu,aku pun blah..tiba teringat nak tanya..so,patah balik kat brader tu

Aku: encik,boleh tak bagi nama building tu.saya xtaw sangat area sini
Dia:cari je depoh tunda
Aku: ok.time kasih

Dahla laptop,handset semua ada dalam kereta.aku nak kontek angah pun tak dapat. Last2 pinjam handset kakak site. Nasib die oke. Angah la yang cari alamat,no telefon sume.

Dalam pukul 4 gerak naik kereta kawan,Gee pergi cari depoh tu. Dah sampai,pegawai in charge tengah solat. Tunggu sekejap lepas tu settle dengan pegawai tu. Rm300 melayang..sabar jela..

Geram taw.Mudahnya buat duit.Kalau time ada duit (baru lepas gaji kan) oke la..buat nya tengah sengkek..tak fikir ke semua tu.Bukannya parking tengah jalan. At least,clamp dlu sehari,baru tarik.Fikir la sikit majlis oi.Nyampah tol.

Sekian luahan perasaan.Puas hati dapat menaip.

4/16/2016

Taman Wetland Putrajaya

Hai.. last week, kitorang pergi Taman Wetland dekat Presint 15, Putrajaya. Pergi bukan untuk beriadah ke ber exercise macam orang lain..kitorang pergi jamu mata je.  So, the story begins .. :)
Nak pergi Taman Wetland ni senang je sebab rasanya Putrajaya ni memang kaya dengan signboard. InshaAllah korang takkan sesat dalam Putrajaya. Cuma mungkin berpusing-pusing sikit untuk newcomer. Cuma korang kena menuju ke Presint 15 sebab Wetland ni dekat dalam Presint 15 ni.
Bila dah sampai korang akan jumpa guardhouse lepas tu ade roundabout kecik.. Kalau korang amik ke kanan, korang akan jumpa satu tempat/rumah kayu ala-ala information center. Nak explain lebih-lebih pun tak pandai sebab aku tak masuk pun dalam tu. Just tengok dari jauh je sebab macam tak ade ape sangat kat area tu. Lepas tu, kitorang decide nak pergi belah kiri round about tu pulak. Ok..dekat area kiri round about tu memang banyak sikit tempat kita boleh jamu mata.
First tempat yang kitorang pergi adalah Pusat Penghayatan Alam. Masuk free je. Memang bagus untuk sape-sape yang ade anak kecik. Dalam pusat ni, diorang banyak sediakan slide show,so dalam nimemang gelap gelita. Orang tua macam aku ni maybe tak takut la dengan suasana gelap tu, tapi untuk budak-budak kecik yang jenis takut gelap tu mesti tak selesa. Dekat dalam ni ada 3D pond and flower. Yang bahagian bunga 3D tu, korang kena pijak/ berdiri atas sia baru lah bunga-bunga tu muncul. 3D kolam ikan tu pulak bila korang pijak gelombang air akan terhasil. Bagi aku, tempat ni sangat berbaloi untuk kita pergi sebab dye free :D


Lepas tu, kitorang pergi rumah sebelah pusat penghyatan alam tu pulak. Dekat rumah ni diorang buat macam muzium. Ada artifak haiwan dengan barang-barang antik.
Dekat luar pulak kita boleh lepak-lepak sebab banyak pokok-pokok dan bangsal-bangsal untuk berteduh. Oh ye, Pusat penghayatan alam tak buka taw hari Isnin..hari lain InshaAllah buka :)

1/23/2016

Cameron Highland Short Trip



Hye2..meh nak tepek story ke Cameron Highland kat sini walaupun hakikatnye cerita ni dah berzaman..yela kan..orang rajin update..macam ni lah gayanye :)

Kitorang satu family pergi Cameron Highland ni masa labour day tahun lepas.. 1/5/2015.. pergi sekejap je.. 2 hari 1 malam..along bawak kereta dye, angah bawak kereta dye and aku pn bawak kereta aku sendiri..kitorang stay dekat apartment Lily dekat Tanah Rata.. overall okay apartment ni..dapat RM200/night.. service pun bagus..Tanya apa-apa semua dia layan elok..

Kitorang sampai Cameron dalam pukul 12 lebih..tapi Nye disebabkan time tu public holiday..jangan nak expect jalan lengan lah kan..merangkak naik ke CH macam semut.. last2 check in dalam pukul 3..bayangkan berapa lama nak sampai..padahal bukannye jauh pun dri Shell bawah tu nak sampai ke Tanah Rata..tapi bila dah check in tu, boleh landing,rehat2,solat,sape-sape nak mandi tu boleh mandi sume dah rest,makan (bekalan nasi masak siap2 dari rumah), kitorang get ready keluar balik..

1st planning nak direct ke Pekan Brinchang terus..tapi keluar2 je simpang apartment tu (main road), bersusun dah kereta nak menuju ke Brinchang..

So, kitorang decide pergi area Tanah Rata dulu..


Kitorang singgah minum teh dekat Bharat Tea ni.. lepak-lepak sini sambil amik gambar dalam lading teh diorang ni..


Si kecik sorang ni syok la berlari ke hulu hilir..puas orang nak mengejar dye..kemain seronok main lari-lari dengan angin sejuk Cameron tu..

Lepas tu, dah tak taw nak gi mana kitorang redah jugak jem nak ke Brinchang..rugi lah gi Cameron tapi tak pergi Pasar malam Brinchang kan..kalau ekotkan tak jem, dari Tanah Rata ke Brinchang tu around 10 minutes je..tapi disebabkan jem, lebih dari sejam kitorang berkungfu dalam kereta.. time jalan-jalan ni bawak 2 kereta je..sampai-sampai Brinchang, hujan lah pulak..si kecik tu pun dah lena dalam kereta.. so, aku, abah and SIL (kaklong) je turun pasar malam tu.. along stay tidokan si kecik dalam kereta.. kereta lagi 1, tak taw park dekat mana..dalam pasar malam tu baru jumpa geng kereta lagi 1 (mama,angah,kakngah (SIL) & adik )..

Kalau nak compare harga barang-barang, dekat Pasar Malam Brinchang ni murah sikit la dari tempat luar.. my abah beli 3 botol madu (madu tulang, madu tett and madu tott) dengan harga RM50 je..senyum lebar dye dapat madu tu..aku tak ingat nama dua madu lagi tu..buah-buahan kering like strawberry,jambu,roselle tu memang wajib beli..untuk kudap-kudap dalam kereta..aku & kaklong beli bantal cartoon2 tu..memang murah sangat2..dah la besar..lepas dah puas jalan, kitorang gerak balik Tanah Rata..badan pun dah penat kan..

Oh ye..rasanya semua homestay dekat Cameron Highland memang akan sediakan heater..kalau tak de tu,better cari yang ada la..sejuk sampai ke tulang hitam kalau nak mandi malam-malam.

2nd day, siap-siap kemas barang and check out. Thank you Lily Apartment for your kind service. Really appreciated it :)

Sebelum bergerak turun, kitorang singgah perkampungan orang asli, strawberry farm (tak ingat dah nama apa), & bee farm.. on the way turun tu, mesti korang akan terserempak dengan orang-orang yang jual tepi-tepi jalan.. singgah-singgah la ye..mana taw berkenan dekat hati.. si kecik dapat hadiah kerusi rotan...around RM 60 kalau tak silap..kat luar mana dapat harga tu kan..



Ni dekat mana pun aku dah tak ingat..tiket nak masuk sini sponsoredby along. Tq bro..lain kali boleh belanja lagi..murah rezeki..ameen :)


Ni gambaar dekat bee farm..si kecik yang aktif,..jenuh nak kejar dye sorang..kurus semua orang :P

Last check point kitorang singgah makan dekat kedai tepi jalan tu..tak ingat nama kedainye apa..tapi harga dye boleh tahan jugak..makan nasi berao biasa-biasa je..tapi time nak membayarnye dah macam makan ape je..tak pe la..rezeki ko kak :)..tapi lain kali memang takkan singgah dah..cukup sekali terkena..

Sampai dekat Shell bawah tu, kitorang separated.. along amik jalan ke Tapah sebab nak balik rumah mak mertua dye dekat Teluk Intan.. aku and angah turun ke bentong..sampai Bentong,kitorang singgah makan petang inclusive malam.. nak dijadikan cerita, angah acah-acah terror sebab pernah outstation kat Bentong ni,dye pergi la dekat stall satu ni, kononnye nak order sate,, 15 ayam 15 daging.. kitorang dah get ready duduk kat kedai, order masakn panas..tengah-tengah duduk makan tu, dating la pakcik ni, "dik,15 ayam 15 daging dah siap"..angah pun follow lah pakcik tu..tiba-tiba angah patah balik.."bukan sate la..pakcik tu buat burger"..gila tak gila..sape yang nak memakannnye,,sabo jela.. kawtim punya kawtim, kitorang amik dalam 18-20 ketul burger.. yang lebih tu mintak pakcik tu jual balik..bayar la duit..dalam RM 60..dalam kereta gelak tergolek-golek sebab salah order..hehe.
.sampai rumah pakat sedekah burger kat jiran..hehe..

InshaAllah ade rezeki lebih kita berjalan lagi.  we create memories with our own way:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...