1/03/2018

Lawatan ke Batu Caves



Post kali ni banyak gamba je tau..sebab tak ade ape sangat nak cerita..semua orang tau kan Batu Caves ni salah satu tarikan dekat Malaysia ni..tempat beribadah bagi kaum India..

Batu Caves ni terletak di Gombak,Selangor. Waktu kitorang pergi tu sehari sebelum krismas..so,agak ramai orang la..foreigner..indian..macam2 orang lah..

So,saya tunjuk gambar je la k..




Ni sebelum panjat tangga batu caves tu..



Ni bergambar dalam gua..ade beberapa gua dekat batu caves ni.. yang ni tak ingat nama gua ni ape..ade dark cave..dark cave ni kena bayar kalau nak masuk..suhu dalam gua gelap ni memang sejuk..dark cave ni boleh buat science tour..ade orang guide nanti..



Ni pun dalam gua..


Ni pun dalam gua jugak..right before tangga keluar gua..

Dekat bawah korang boleh bagi makan merpati tau..tapi kitorang tak rajin..tengok je orang lakn bagi makan๐Ÿ˜

Kitorang naik atas sekejap je..lepas settle ambil gambar kitorang pun turun dan balik..psssttt..boleh tahan penat jugak tau panjat anak tangga batu caves tu..nak2 masa turun tu..risau je kalau salah langkah..mau terus terjunam ke bawah..malu oit..so klau korang pergi batu caves ni hati-hati masa panjat tangga tu tau..ok..see you in the next entry..๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

1/02/2018

Bukit Gasing

Hi..first entry untuk tahun 2018 ni..semoga rajin lah untuk menaip sempena tahun baru ni kan..hehe..so harini rasa macam nak recall balik pengalaman hiking di Bukit Gasing..

Bukit Gasing ni adalah dalah satu tempat hiking yang menjadi pilihan hikers amatur..salah seorangnya saya la.. Bukit gasing ni terletak di Seksyen 5 Petaling Jaya,Selangor.



Boleh tahan ramai juga yang hike kat Bukit Gasing ni..laluan mendaki pun banyak track tau..kalau tak ingat boleh sesat dalam hutan tu..so better jangan pergi sorang-sorang..

Laluan bukit pun boleh tahan..ade yang mendatar..ada yang curam..bawak la botol air kecik tu..penat boleh berhenti minum hilangkan penat kan..kami gerak naik atas dalam pukul 9 pagi..berhenti dekat 3 pit stop..kuil,tangki air dan jambatan gantung..


Ni dekat area kuil..our 1st pitstop..



Ni our second pitstop..lama gila berhenti semata-mata nak ambik gambar..


Ni pitstop ke3..jambatan gantung ni ade 2 tempat..1 yg pendek..yang ni jambatan yang panjang sikit..tepi tu ada air terjun mini..ramai juga budak mandi..budak je tau..mak budak..bapak budak tengok je sudah ok..๐Ÿคฃ







Sepatutnya lepas jambatan gantung kitorang plan nak hike atas lagi..tapi sebab dah tengahari kan..dah dekat pukul 12 macamtu..kitorang decide turun..nak turun tu pun lebih setengah jam jugak taw..dah sampai bawah rasa lega sangat..nasib park kereta tak juh sangat..masuk kereta teguk air macam orang tak minum sehari๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚..dah oke sikit kitorang gerak balik..disebabkan perut kebulur,kitorang cari tempat untuk lunch dulu before balik..

Kitorang lunch dekat area PJ jugak..Kafe family M3..recommended sebab murah plus berbaloi..ok..see u in the next entry

6/02/2016

Restoran Perantau Hill

   Hye..jom jjcm..ni cerita malam tadi..perkara wajib bila dapat gaji harus la pergi cari makan best2 sikit kn. So malam tadi decide pergi makan dekat Restoran Perantau Hill. Restoran ni terletak di Sungai Merab,Bangi..baca macam jauh kan..jangan risau..tak jauh pun sebenarnya sebab restoran ni dekat je dengan gate 1 putrajaya tu.

   Kitorang dari kajang,so amik highway silk exit bangi lalu akademi cimb,bsn,kampung dato abu bakar baginda lepas dari trafik light gate 1 tu straight lagi lps tu akan nampak perantau hill ni dekat belah kanan..maknanya kena u turn lah kn..straight lagi dan u turn bawah jambatan.

Kitorang amik meja bersila sebab ada hadif si bujang kenit kan.senang dia nak merunggas. Sibuk dia nak mengutip barang-barang..Pantang nampak depan mata.


Ni mula-mula sampai..mood tak bape baik lagi sebab terpinga-pinga baru bangun tidur.


Main point datang sini sebab nak makan ketam lembut.So,kitorang order ketam lembut goreng tepung,tomyam campur & kerang bakar. Kalau tak nak makan nasi laok-laok pun takpe.Korang boleh order char kuey teow,western food & masakan panas.


       Ni rupa ketam lembut tu.. Dekat menu dia just tulis harga mengikut berat timbangan.Dekat receipt RM22.80 sepinggan.. sedap sangat.1st time makan ketam yang boleh makan kulit :P Jakun kejap.

        Servis not bad..makanan pun cepat sampai..dan yang penting makanan sedap dan puas hati. Bila perut kenyang,hati pun senang kan.  Recommended untuk korang pergi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...