Hai.. last week, kitorang pergi Taman Wetland dekat Presint 15, Putrajaya. Pergi bukan untuk beriadah ke ber exercise macam orang lain..kitorang pergi jamu mata je. So, the story begins .. :)
Nak pergi Taman Wetland ni senang je sebab rasanya Putrajaya ni memang kaya dengan signboard. InshaAllah korang takkan sesat dalam Putrajaya. Cuma mungkin berpusing-pusing sikit untuk newcomer. Cuma korang kena menuju ke Presint 15 sebab Wetland ni dekat dalam Presint 15 ni.
Bila dah sampai korang akan jumpa guardhouse lepas tu ade roundabout kecik.. Kalau korang amik ke kanan, korang akan jumpa satu tempat/rumah kayu ala-ala information center. Nak explain lebih-lebih pun tak pandai sebab aku tak masuk pun dalam tu. Just tengok dari jauh je sebab macam tak ade ape sangat kat area tu. Lepas tu, kitorang decide nak pergi belah kiri round about tu pulak. Ok..dekat area kiri round about tu memang banyak sikit tempat kita boleh jamu mata.
First tempat yang kitorang pergi adalah Pusat Penghayatan Alam. Masuk free je. Memang bagus untuk sape-sape yang ade anak kecik. Dalam pusat ni, diorang banyak sediakan slide show,so dalam nimemang gelap gelita. Orang tua macam aku ni maybe tak takut la dengan suasana gelap tu, tapi untuk budak-budak kecik yang jenis takut gelap tu mesti tak selesa. Dekat dalam ni ada 3D pond and flower. Yang bahagian bunga 3D tu, korang kena pijak/ berdiri atas sia baru lah bunga-bunga tu muncul. 3D kolam ikan tu pulak bila korang pijak gelombang air akan terhasil. Bagi aku, tempat ni sangat berbaloi untuk kita pergi sebab dye free :D
Lepas tu, kitorang pergi rumah sebelah pusat penghyatan alam tu pulak. Dekat rumah ni diorang buat macam muzium. Ada artifak haiwan dengan barang-barang antik.
Dekat luar pulak kita boleh lepak-lepak sebab banyak pokok-pokok dan bangsal-bangsal untuk berteduh. Oh ye, Pusat penghayatan alam tak buka taw hari Isnin..hari lain InshaAllah buka :)